1. Berapa bayaran yang dikenakan bagi setiap gambar?
Ini bergantung kepada jumlah kerja dan keadaan gambar tersebut. Anda boleh mengangarkan harga bagi setiap gambar melalui ketegori yang disediakan. Setiap kategori akan disertakan dengan contoh keadaan setiap gambar. Harga kami bermula dari serendah RM 10.Ini adalah harga terendah yang terdapat dipasaran. Anda boleh membuat perbandingan harga dengan menggunakan kemudahan search di google.com. Anda hanya perlumemasukkan untuk mencari "photo repair" atau "photo restoration" di enjin carian google.com. Anda boleh dapati harga yang ditawarkan adalah bermula dari 20USD atau lebih RM60 untuk sekeping gambar.
2.Bagaimana pengguna ingin megetahui harga sebenar setiap perkhidmatan?
Langkah pertama adalah anda scan gambar tersebut menggunakan scanner . Setelah itu anda boleh menghantar gambar tersebut kepada pihak kami. Selepas kami menerima gambar tersebut kami akan menilai dan menghantar sebut harga kepada pihak anda. Jika anda bersetuju dengan harga yang kami berikan, kami akan memulakan kerja memperbaiki gambar tersebut.
3.Bagaimana dengan kaedah pembayaran?
Kami mempunyai 2 kaedah bayaran. Pertama adalah dengan menggunakan Kad Kredit @ Debit. Semua bayaran akan diproses melalui Paypal. Paypal adalah sebuah syarikat yg amat popular dan mempunyai keselamatan yang tinggi untuk setiap traksaksi yang dilakukan. Kaedah kedua adalah dengan menggunakan pembayaran melalui bank tempatan. Anda boleh melakukan pembayaran kepada akaun pihak kami. Buat masa ini kami hanya menerima deposit melalui Maybank dan CIMB.
4.Bagaimana cara saya hendak menghantar gambar yang hendak diperbaiki kepada pihak anda?
Langkah pertama anda perlu scan gambar tersebut. Pastikan anda scan gambar tersebut dengan resolusi 300-600 DPI. Dan pastikan anda tidak megubah apa-apa kepada gambar tersebut. Kemudian save kepada file high quality JPEG(no compression atau TIFF. Selepas itu anda boleh menghantar gambar tersebut ke alamat e-mail kami di photorepair4u@yahoo.com
5.Bagaimana jika saya tidah mempunyai scanner?
Ia tidah menjadi masalah. Anda boleh menghubungi pihak kami. Anda boleh menghantar gambar sebenar kepada pihak kami untuk kami scan dan perbaiki. Walaubagaimanapun setiap gambar kami akan mengenakan caj tambahan sebanyak RM 2.
Ini kerana bayaran untuk perkhidmatan scan dan penghantaran. Kami akan menghantar gambar anda dengan menggunakan perkhidmatan pos express atau perkhidmatan cepat untuk mengelakkan gambar tersebut rosak.
6. Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan sesuatu gambar?
Ini bergantung kepada beban kerja. Ini kerana setiap hari kami menerima tempahan. Kebiasaannya ia mengambil masa antara 1-5 hari untuk menyiapkan sesuatu gambar. Ia juga bergantung kepada keadaan gambar tersebut. Jika banyak kerosakan, maka banyak masa yang diperlukan untuk memperbaikinya. Kami mengutamakan kualiti didalam setiap hasil kerja kami.
7.Bagaimana jika gambar telah siap diperbaiki?
Apabila kami siap memperbaiki gambar tersebut, kami akan menghubungi anda melului e-mail berserta dengan salinan gambar tersebut. Tetapi salinan yang kami hantar adalah dalam saiz kecil dan mempunyai watermark. Anda boleh lihat gambar tersebut dan jika anda berpuas hati dengan hasil kerja kami, anda boleh membuat bayaran melalui kaedah yang dipilih. Setelah kami menerima bayaran kami akan menghantar salinan sebenar kepada pihak anda.
Thursday, July 26, 2007
FAQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment